Panitia Muzik

Thursday, July 22, 2010

PERTANDINGAN "MY SCHOOL ROCKS" ZON SELATAN

Pada 26 JUN 2010 SK Bachang sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan " My School Rocks" di MITC Air keroh Melaka yang dianjurkan oleh Disney Channel Astro. Sekolah kita diwakili oleh 6 orang pelajar tahun 5 dan 6. Pelajar ini telah berlatih sepanjang cuti pertengahan tahun penggal 1 dan akhirnya muncul di tempat ketiga daripada 30 pasukan sekolah rendah dan menengah bagi zon selatan.Guru Besar SK Bachang, Pn Cik Aishah Binti Yaacob juga turut hadir pada sepanjang pertandingan yang bermula dari 9.00 pagi hingga 3.30 petang.Terima kasih atas sokongan Guru Besar dan tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah.



Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT NEGERI


Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka diwakli oleh adik Herza Farina Binti Ramlan dalam Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri Melaka. Beliau berjaya mendapat tempat kelima dalam pertandingan tersebut pada bulan Mei 2010. Tahniah diucapkan.

BERITA SEMASA

21 Julai 2010

Tahun 2010 juga adalah satu tahun yang sibuk bagi murid Kelab Koir. Seperti biasa mereka akan berlatih setiap pagi pada jam 7.00 - 7.30.Kini mereka telah selesai belajar 2 buah lagu untuk pertandingan koir peringkat negeri tahun ini yang dijangkakan akan diadakan selepas peperiksaan UPSR.

Murid yang bukan ahli kelab koir atau dalam pasukan sekolah tetapi minat dalam aktiviti koir juga digalakkan untuk menghadiri sesi latihan koir di bilik muzik setiap pagi dari jam 7.00 - 7.30 sebagai pelapis untuk tahun hadapan.

Pada 19 April 2010 pertandingan nyanyian solo peringkat negeri tahun ini diwakili oleh adik Herza Farina dari 6P di MITC, Air Keroh Melaka. Beliau Berjaya mendapat tempat ke 5 dalam pertandingan tersebut.

Pada 26 Jun 2010 pula 6 orang murid Kelab Muzik juga terlibat dalam pertandingan " My School Rock " peringakat zon selatan anjuran Disney Channel Astro dimana Guru Besar Pn Cik Aishah Binti Yaacob juga turut hadir untuk memberi sokongan beliau kepada pasukan tarian SK Bachang. Mereka dpat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.Syabas! pada pasukan tarian sekolah.

Tuesday, July 20, 2010

AKTIVITI PANITIA MUZIK 2009

Tahun 2009 juga merupakan satu tahun yang sibuk bagi ahli pasukan koir SK Bachang. Seperti biasa pasukan koir akan berlatih dari jam 7.15 – 7.45 setiap pagi hari persekolahan dan pada cuti pertengahan penggal 1.

Pada bulan Mei 2009 pasukan koir telah mengambil bahagian dalam pertandingan koir koakademik peringkat negeri anjuran Unit Kokurikulum JPN Melaka di Dewan Sri Panggong , taman Budaya Air Keroh Melaka. Mereka sekali lagi muncul Johan dalam pertandingan tersebut.

Persiapan ke Kuala Terengganu kali ini pun telah bermula tetapi sebulan setengah sebelum tarikh bertolak ke Kuala Terengganu pihak sekolah dimaklumkan bahawa Pertandingan koir peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu dibatalkan kerana wabak influenza HINI.

Monday, July 19, 2010

AKTIVITI PANITIA MUZIK 2008

Setiap awal tahun merupakan satu rutin yang sama bagi ahli Kelab Koir di mana mereka akan sibuk berlatih untuk pertandingan koir. Masa latihan mereka adalah dari jam 7.15 – 7.45 setiap pagi hari persekolahan dan pada cuti pertengahan penggal 1 dan 2 kecuali hari Isnin.

Pada 10 Jun 2008 pasukan koir SK Bachang sekali menyertai pertandingan koir koakademik peringkat negeri anjuran Unit Kokurikulum JPN Melaka . Pertandingan tersebut diadakan di Dewan Komuniti Jasin.

Sekali lagi SK Bachang muncul Johan lagi dalam pertandingan tersebut dan mewakili negeri Melaka dalam Pertandingan Koir Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos di Putra Jaya. Pasukan koir SK Bachang ke Putra Jaya diserikan lagi oleh 4 orang murid dari SK Infant Jesus 2 dan 1 orang lagi dari SK Methodist 2 Melaka. Guru pengiring adalah Pn Lai Sy Foh, Pn Chai Mun Lee dan Cik Siti Fansutiza serta GPK Kurikulum En Mohd Ghazi Bin Abdul Aziz.Guru Besar Pn Cik Aishah Binti Yaacob pun serta hadir pada hari pertandigan.



AKTIVITI PANITIA MUZIK 2007

Awal tahun 2007 merupakan tahun yang amat sibuk bagi ahli pasukan koir SK Bachang. Mereka akan berlatih pada jam 7.15 – 7.45 setiap pagi hari persekolahan dan pada cuti pertengahan penggal 1 dan 2 kecuali hari Isnin.

Pada 13 Jun 2007 pasukan koir SK Bachang ke” medan perang “ sekali lagi di Dewan Sri Panggong, Taman Budaya Air Keroh Melaka untuk pertandingan koir peringkat negeri. Sekali lagi pasukan SK Bachang muncul Johan dan mewakili negeri Melaka dalam pertandingan koir kebangsaan di negeri Kedah pada 22- 24 Julai 2007.

Selepas 10 jam dalam perjalanan dengan bas pasukan koir SK Bachang tiba di Kedah dengan selamat. Ahli pasukan koir selain dari datang untuk bertanding mereka juga sempat membuat lawatan ke rumah lama Tun Dr Mahathir di Kedah serta ke pusat membeli belah di Kedah. Mereka diiringi oleh Guru Kelab Koir Pn Lai Sy Foh dan Pn Chai Mun Lee serta GPK Kurikulum En Mohd Ghazi Bin Abdul Aziz dan GPK Kokurikulum Pn Robiarini.

AKTIVITI PANITIA MUZIK 2006

Sekali lagi awal tahun 2006 merupakan masa yang amat sibuk bagi pasukan koir SK Bachang,Mereka sibuk berlatih untuk pertandingan koir koakademik peringkat negeri yang akan dijalankan pada bulan Mei 2006 anjuran Unit Kokurikulum JPN Melaka.
Tahniah! Mereka muncul Johan sekali lagi dalam pertandingan koir peringkat negeri Melaka dan mewakili negeri bagi pertandingan koir peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuantan pada 23- 25 Julai 2006.
Kenangan tiga hari ini di Kuantan merupakan hari yang paling gembira bagi ahli pasukan koir kerana dapat duduk di “chalet” dan berenang di kolam renang pada waktu petang.Mereka diiringi oleh 2 orang guru Pn Lai Sy Foh dan Pn Chai Mun Lee serta guru penolong kanan kurikulum En Mohd Gahzi Bin Abdul Aziz. Guru Besar, En Ong Jah Poh juga turut hadir pada hari pertandingan.
Pasukan koir SKB juga sering menyerikan majlis sekolah seperti Hari “Q”, mesyuarat agong PIBG dan majlis sambutan bulan patriotisme.

Sunday, July 18, 2010

AKTIVITI PANITIA MUZIK 2005

Setiap awal tahun merupakan tahun yang sibuk bagi pasukan koir. Selepas tiga bulan berlatih pasukan SK Bachang, Melaka telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Koir Kawasan Bukit Cina pada 12 April 2005 di dewan SJKC Pay Teck Melaka dan muncul Johan.

Pada bulan Mei 2005 pasukan koir sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan koir peringkat negeri di Dewan Bestari JPN Melaka di Bukit Baru dan sekali lagi muncul Johan dalam pertandingan.