Panitia Muzik

Sunday, October 28, 2012

MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012


Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2012 diadakan pada 29 Oktober 2012 di Dataran Minda SK Bachang, Melaka. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn Hjh Che Aishah Binti Taacob, Guru Besar SK Bachang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sempena Kem Membaca 1 Malaysia 2012 ialah :
1. Pertandingan Membaca Berita Tahun 6 dan "Story Telling" Tahun 3  pada 22 Oktober 2012
2. Pertandingan Mewarna Tahap 1 & 2 dan Projek Kitar semula  pada 23 Oktober 2012
3. Pertandingan Mewarna Kulit Buku Tahap 1 & 2 pada 24 Oktober 2012
4. Majlis Perasian Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 29 oktober 2012.

Wednesday, October 24, 2012

JEMPUTAN KE " THE SOUND OF MUSIC "


Hari ini, 24 Oktober 2012 seramai 37 orang murid tahun 4 & 5 bersama 3 orang guru Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka diundang untuk menyaksikan sebuah muzikal bertajuk " The Sound Of Music " oleh pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka.

Tuesday, October 9, 2012

MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTISME 2012


Majlis Penutup Bulan Patriotisme SK Bachang 2012 pada 24 September 2012.Majlis dimulakan dengan lambaian bendera dan nyanyian lagu 1Satu Malaysia, Jalur gemilang dan Tanggal 31 oleh semua warga SK Bachang, Melaka. Majlis juga deserikan dengan persembahan pemenang sajak dan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pertandingan sempena sambutan Bulan Patriotisme SK Bachang, Melaka.

AKTIVITI RIMUP SK BACHANG, MELAKA 2012


Pada 9 Oktober 2012 SK bachang, Melaka diberi satu penghormatan lagi untuk mengelolakan aktiviti RIMUP Peringkat Melaka Tengah. Aktiviti bermula pada jam 7.45 dengan ketibaan peserta dari 15 buah sekolah kawasan Bukit Cina, Melaka. Majlis dimulakan dengn ucapan Guru Besar dan ucapan Perasmian oleh En Othman Bin Sagap , pegawai PPD Melaka Tengah. Ativiti diteruskan dengan sesi
 " Ice Breaking " oleh kaunselor SK Bachang, dan diikuti dengan ceramah patriotisme, permainan mencantumkan bendera Malaysia dengan straw dan aktiviti sukan / permainan tradisional.Aktiviti RIMUP diakhiri dengan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Disini murid kelab muzik diberi satu peluang lagi untuk menonjolkan bakat mereka dengan persembahan tarian Hip Hop untuk penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.