Panitia Muzik

Tuesday, July 2, 2013

PERTANDINGAN KOIR PERINGKAT NEGERI 2013

18 Jun 2013 merupakan satu hari yang gembira bagi pasukan koir SK Bachang, Melaka sebab ia merupakan kali ke 10 mengambil bahagian dalam Pertandingan Koakademik Koir anjuran Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Melaka.Kali ini pasukan SK Bachang, pula merupakan kali ke 8 berturut mendapat Johan Negeri bagi pertandingan koir Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan tahun ini diadakan di Pentas Utama Melaka Mall dan dikekolakan oleh SK St Francis Melaka.

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT NEGERI MELAKA 2013

Pada 7 April 2013 ( Ahad ) sekali lagi adik NurShafiqah Umat mewakili sekolah Kawasan Bukit China ke  
Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri. Pertandingan tersebut diadakan di MITC Ayer Keroh. Dalam pertandingan ini pula Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka dapat tempat kelima.  Syahbas dan tahniah diucapkan kepada adik Nur Shafiqah Binti Umat.

Monday, July 1, 2013

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CHINA, MELAKA 2013



Persatuan Kelab Muzik SK Bachang, Melaka sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian solo peringkat Bukit China anjuran unit kokurikulum Jabatan Pendidikan Melaka pada tanggal 22 Mc 2013 ( Khamis ). Kali ini pertandingan ini diwakili oleh 2 orang tahun 6B iaitu Nur Shafiqah Binti Umat dan Arieshah Dania Binti Norhisham.Pertandingan tersebut dikelolakan oleh SJK ( C ) Yu Hwa dan diadakan di Dewan SJK ( C ) Yu Hwa. Sekali lagi SK Bachang, Melaka muncul Johan Pertandingan Nyanyian Solo Kawasan Bukit Cina, Melaka. Syabas dan tahniah pada adik Nur Shafiqah Binti Umat yang muncul Johan Kawasan Bukit China, Melaka.