Panitia Muzik

Monday, July 23, 2012

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK BACHANG, MELAKA 2012


Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan SK Bachang, Melaka 2012 dijalankan pad 23 Julai 2012 ( Isnin ) di dataran minda sekolah. Majlis dimula dengan ucapan dan perasmian oleh Pn Guru Besar Che Aishah Binti Yaacob dan bacaan Tokoh Pemimpin oleh Pn Shafarizah Bte Mahayuddin.Majlis diteruskan dengan persembahan murid ( Berpantun & Bersajak ). Majlis diakhiri dengan lambaian bendera oleh semua warga sekolah.

Sunday, July 15, 2012

PERSEMBAHAN TARIAN SEMPENA "ULI ULI BISKUT RAYA 2012





Tahniah diucapkan sekali lagi pada murid tarian SK Bachang yang telah diundang membuat persembahan tarian sempena majlis promosi " Uli Uli Biskut Raya 2012 " oleh Sistem Telivision Malaysia Bhd ( TV3 ) di Greatbrand Food Industries Sdn Bhd, Tmn Perindustrian Masjid Tanah, Melaka pada 15 Julai 2012 ( Ahad )Saksikanlah tarian mereka di atas. 

Tuesday, June 19, 2012


13 Jun 2012 merupakan sehari gembira untuk pasukan koir SK Bachang, Melaka kerana muncul Johan Negeri bagi tahun ke 7 bertutut - turut. Tahun ini pertandingan koir anjuran Koakademik JPN Melaka di adakan di Melaka Mall, Ayer Keroh pada jam 2 petang. Pengelola pertandingan tersebut ialah SK Alor Gajah 1 dan pertandingan ini di hakimi oleh 4 orang hakim.

1. En Abdul Aziz Jantan Pegawai  PPD Alor Gajah. ( Bekas guru muzik )
2.En Mohd Nasir Bin Husin  Pegawai  PPD Jasin ( Bekas guru muzik dan JU muzik )
3.Pn Soh Li Peng ( Guru muzik SMK Bukit Baru Melaka )
4. Cik Zainab Bte Jani ( Guru muzik SMK Seri Bemban , Jasin Melaka )

Pasukan koir sekolah juga berterima kasih kepada Puan Guru Besar SK Bachang, Melaka , Pn Che Aishiah Bte Yaacob yang sudi  hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah.

Wednesday, March 28, 2012

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CHINA 2012




22 Mac 2012 ( Khamis ) merupakan kali pertama Panitia Muzik SK Bachang, menyertai pertandingan bagi tahun 2012. Pertandingan nyanyian solo Kawasan Bukit China 2012 ini di wakili oleh adik Nur Shafiqah Bte Umat dari kelas 5B. Pertandingan tersebut diadakan di dewan SJKC Ping Ming, Melaka pada 22 Mac 2012 ( Khamis ) bermula 1.00 tgh.Tahniah diucapkan kepada adik Nur Shafiqah Bte Umat kerana muncul Johan Kawasan Bukit China. Belaiu akan menyertai pertandingan peringkat negeri di MITC pada Karnival Pendidikan 2012. Diharap semua warga SK Bachang dapat hadir untuk memberi sokongan pada beliau.

Monday, September 12, 2011

MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTISME 2011


Sekali lagi Pasukan Koir SK Bachang, menyerikan majlis sekolah dengan persembahannya sempena Maljis Penutup Bulan Patriotisme 2011 yang diadakan di tapak perhimpunan sekolah pada hari Isnin 12 September 2011.

Thursday, July 21, 2011

PERTANDINGAN "MY SCHOOL ROCKS" ZON SELATAN 2011




Tahun 2011 ini merupakan kali kedua SK Bachang, Melaka menyertai Pertandingan tarian " My School Rocks " anjuran Astro Disney Channel di Johor Baru pada 16 Julai 2011. Kali ini SK Bachang, diwakili oleh 6 orang murid lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mewakili sekolah dan berjaya muncul Naib Johan Zon Selatan. 

Sunday, July 10, 2011

PERTANDINGAN KOIR 2011



Seramai 34 orang murid pasukan koir Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka mewakili sekolah dalam pertandingan koir sekolah rendah peringkat negeri anjuran Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka.Pengelola pertandingan tahun ini adalah SK Alor Gajah 1, Melaka. Sekali lagi SK Bachang muncul Johan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli koir sekolah.

Friday, June 10, 2011

KONSERT JPN MELAKA 2011


Pasukan Koir SK Bachang, Melaka pada malam Konsert JPN Melaka sempena pesaraan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka pada malam 24 Mei 2011.

Sunday, May 22, 2011

RAPTAI ORKESTRA MUZIKRAMA JPN MELAKA 2011



Murid SK bachang, Melaka pada hari raptai persembahan orkestra muzikrama JPN Melaka pada 21 Mei 2011 ( Sabtu ) jam 2.00tengah hari - 10.30 malam.

Tuesday, May 17, 2011

ORKESTRA MUZIKRAMA JPN MELAKA 2011

Sukacita dimaklumkan SK Bachang, Melaka dijemput membuat persembahan koir sempena Orkestra Muzikrama Jabatan Pelajaran Melaka pada 24 Mei 2011. Sehubungan dengan perkara di atas semua ahli koir SKB di kehendaki hadir untuk raptai 1 pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ) di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka dari jam 3.00 ptg - 6 .00ptg.
Raptai penuh pula akan diadakan pada 21 Mei 2011 ( Sabtu ) di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka dari jam 3.00ptg - 10.00 malam.
Semua ahli koir sila jumpa dengan Pn Lai untuk keterangan selanjutnya. Surat kebenaran ibubapa akan di edarkan pada hari 18 Mei 2011.

Wednesday, May 11, 2011

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT NEGERI 2011



Sempena Karnival Pendidikan Pelajaran Melaka 2011, pertandingan nyanyian solo diadakan pada 8 Mei 2011 ( Ahad ) di MITC Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan ini disertai oleh 14 orang murid yang berjaya 
mendapat Johan dan Naib Johan semasa pertandingan peringkat kawasan. Sekolah Kebangsaan bachang diwakili oleh adik Nur Shafiqa Bte Umat. terima kasih juga diucapkan kepada puan Guru Besar SK Bachang Melaka yang turut hadir untuk memberi sokongan beliau. Tahniah juga diucapkan kepada adik Nur Shafiqa Bte Umat atas kejayaan beliau. 

Tuesday, April 26, 2011

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CINA, MELAKA 2011

Panitia muzik sekali lagi telah mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian solo Peringkat kawasan Bukit Cina Melaka pada 12 April 2011 di SJKC Ping Meing Melaka. Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka diwakili oleh Adik Nur Shafiqa Bte Umat ( 4B ) dan adik Nurin Husna ( 6 P ).Adik Nur Shafiqa Bte Umat berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Shafiqa Bte Umat.Adalah diharapkan juga semua warga SK Bachang dapat memberi sokongan pada beliau pada 7 Mei 2001 ( Sabtu ) di MITC Air Keroh, Melaka untuk pertandingan akhir ( Peringkat Negeri ) nyanyian solo anjuran koakademik unit kokurikulum JPN Melaka.

Friday, March 18, 2011

BORANG REKOD PRESTASI PKSR SK BACHANG, MELAKA

Adalah dimaklumkan bahawa borang rekod prestasi PKSR, borang analisis subjek mengikut kelas serta borang rekod prestasi muzik Tahap 1 dan 2 telah di kemaskinikan dan boleh digunakan oleh semua guru SKB mulai 18 Mac 2011.

Sekian . Terima Kasih.

Wednesday, February 16, 2011

MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI 1 / 2011

Satu mesyuarat Panitia muzik telah diadakan pada 13 Januari 2011. Bagi guru yang tidak
menghadiri mesyuarat atau ahli baru diharap dapat mendapat RPT muzik dan CD lagu dari Ketua Panitia.

Sekian. Terima Kasih.
Ketua Panitia Muzik 2011

Monday, October 18, 2010

PERTANDINGAN KOIR 2010


SK Bachang, Melaka sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan koir antara sekolah rendah peringkat negeri pada 14 Oktober 2010 di Dewan SMK Padang Temu Melaka.
Seramai 34 orang ahli peserta dan 5 orang simpanan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.Sekali lagi pasukan koir sekolah dapat Johan dalam pertandingan tersebut. Kejayaan tahun ini merupakan tahun kelima berturut - turut muncul sebagai Johan Negeri. Syabas dan tahniah diucapkan pada semua ahli koir yang menjayakan aktivti tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada Guru Besar Puan Hjh Che Aishah Bte Yaacob dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Abu Samah Bin Ahmad yang turut hadir untuk memberi sokongan pada pasukan sekolah.

Sunday, August 29, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53 DI SK BACHANG, MELAKA

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53 DI SK BACHANG, MELAKA


Pada 30 Ogos 2010 Sk Bachang menyambut Hari Kebangsaan dengan satu Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 di dataran Minda SK Bachang, Melaka. Majlis dimulakan dengan ucapan Perasmian oleh Puan Guru Besar, Pn. Che Aishah Binti Yaacob, Deklamasi Sajak oleh En Zulkifli Bin Shariat dan deklamasi Imbasan Sejarah oleh Pn Shafarizah Bte Mahayuddin. Majlis ringkas ini diakhiri dengan nyanyian Satu Malaysia, Kerana Mu Malaysia, Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos oleh semua murid dan guru SK bachang, Melaka.

Thursday, August 12, 2010


Kepada semua AJK Panitia Muzik,

Panitia Muzik telah dibekalkan dengan 5 set "ringbells". "Ringbells" ini amat sesuai digunakan oleh murid tahap 1. Guru yang berminat menggunakan "ringbells" ini boleh buat pinjaman dari ketua panitia.

Sekian. Terima Kasih
Ketua panitia

Thursday, August 5, 2010

BAKAT SK BACHANG, MELAKA



Seorang murid dari SK Bachang iaitu Siti Norasyikin Bte Abdul Somad dari kelas 6P 2010 telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian solo. Beliau adalah seorang murid yang berbakat dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nyanyian. Beliau juga telah menceburi bidang tersebut sejak tahun 2008.Siti Nurasyikin Binti Abdul Somad telah mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke anjuran Mac Donald 2010 dan telah menjuarai pertandingan tersebut. Beliau juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan Karaoke Piala Datuk Bandar Melaka dan mendapat tempat kedua.Pada 26 Jun 2010 belaiu dengan 5 orang murid SKB telah mengambil bahagian dalam pertandingan “ My School Rock “ anjuran Disney Channel Astro zon selatan dan juga berjaya muncul di tempat ketiga.

Monday, August 2, 2010

AGIHAN BAJU KOIR

Kepada semua ahli koir,
Adalah dimaklumkan pasukan koir akan membuat satu persembahan sempena majlis perasmian pelancaran bulan patriotisme pada hujung bulan Ogos 2010 ini secara RIMUP dengan sebuah sekolah cina. Dengan ini diharap semua ahli koir akan datang ke bilik muzik untuk mendapat baju koir tersebut. Juga diingatkan latihan akan dijalankan seperti biasa pada jam 7.00 - 7.30 pagi.


Sekian. Terima Kasih.
Guru Koir