Panitia Muzik

Monday, July 1, 2013

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CHINA, MELAKA 2013



Persatuan Kelab Muzik SK Bachang, Melaka sekali lagi mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian solo peringkat Bukit China anjuran unit kokurikulum Jabatan Pendidikan Melaka pada tanggal 22 Mc 2013 ( Khamis ). Kali ini pertandingan ini diwakili oleh 2 orang tahun 6B iaitu Nur Shafiqah Binti Umat dan Arieshah Dania Binti Norhisham.Pertandingan tersebut dikelolakan oleh SJK ( C ) Yu Hwa dan diadakan di Dewan SJK ( C ) Yu Hwa. Sekali lagi SK Bachang, Melaka muncul Johan Pertandingan Nyanyian Solo Kawasan Bukit Cina, Melaka. Syabas dan tahniah pada adik Nur Shafiqah Binti Umat yang muncul Johan Kawasan Bukit China, Melaka.

No comments:

Post a Comment