Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri. Pertandingan tersebut diadakan di MITC Ayer Keroh. Dalam pertandingan ini pula Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka dapat tempat kelima. Syahbas dan tahniah diucapkan kepada adik Nur Shafiqah Binti Umat.
Panitia Muzik
Tuesday, July 2, 2013
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT NEGERI MELAKA 2013
Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Negeri. Pertandingan tersebut diadakan di MITC Ayer Keroh. Dalam pertandingan ini pula Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka dapat tempat kelima. Syahbas dan tahniah diucapkan kepada adik Nur Shafiqah Binti Umat.
Monday, July 1, 2013
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CHINA, MELAKA 2013
Sunday, October 28, 2012
MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2012
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2012 diadakan pada 29 Oktober 2012 di Dataran Minda SK Bachang, Melaka. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pn Hjh Che Aishah Binti Taacob, Guru Besar SK Bachang. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sempena Kem Membaca 1 Malaysia 2012 ialah :
1. Pertandingan Membaca Berita Tahun 6 dan "Story Telling" Tahun 3 pada 22 Oktober 2012
2. Pertandingan Mewarna Tahap 1 & 2 dan Projek Kitar semula pada 23 Oktober 2012
3. Pertandingan Mewarna Kulit Buku Tahap 1 & 2 pada 24 Oktober 2012
4. Majlis Perasian Penutupan dan Penyampaian Hadiah pada 29 oktober 2012.
Wednesday, October 24, 2012
JEMPUTAN KE " THE SOUND OF MUSIC "
Hari ini, 24 Oktober 2012 seramai 37 orang murid tahun 4 & 5 bersama 3 orang guru Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka diundang untuk menyaksikan sebuah muzikal bertajuk " The Sound Of Music " oleh pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka.
Tuesday, October 9, 2012
MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTISME 2012
Majlis Penutup Bulan Patriotisme SK Bachang 2012 pada 24 September 2012.Majlis dimulakan dengan lambaian bendera dan nyanyian lagu 1Satu Malaysia, Jalur gemilang dan Tanggal 31 oleh semua warga SK Bachang, Melaka. Majlis juga deserikan dengan persembahan pemenang sajak dan pertandingan nyanyian solo lagu patriotik. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pertandingan sempena sambutan Bulan Patriotisme SK Bachang, Melaka.
AKTIVITI RIMUP SK BACHANG, MELAKA 2012
" Ice Breaking " oleh kaunselor SK Bachang, dan diikuti dengan ceramah patriotisme, permainan mencantumkan bendera Malaysia dengan straw dan aktiviti sukan / permainan tradisional.Aktiviti RIMUP diakhiri dengan lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Disini murid kelab muzik diberi satu peluang lagi untuk menonjolkan bakat mereka dengan persembahan tarian Hip Hop untuk penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.
Monday, July 23, 2012
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK BACHANG, MELAKA 2012
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan SK Bachang, Melaka 2012 dijalankan pad 23 Julai 2012 ( Isnin ) di dataran minda sekolah. Majlis dimula dengan ucapan dan perasmian oleh Pn Guru Besar Che Aishah Binti Yaacob dan bacaan Tokoh Pemimpin oleh Pn Shafarizah Bte Mahayuddin.Majlis diteruskan dengan persembahan murid ( Berpantun & Bersajak ). Majlis diakhiri dengan lambaian bendera oleh semua warga sekolah.
Sunday, July 15, 2012
PERSEMBAHAN TARIAN SEMPENA "ULI ULI BISKUT RAYA 2012
Tahniah diucapkan sekali lagi pada murid tarian SK Bachang yang telah diundang membuat persembahan tarian sempena majlis promosi " Uli Uli Biskut Raya 2012 " oleh Sistem Telivision Malaysia Bhd ( TV3 ) di Greatbrand Food Industries Sdn Bhd, Tmn Perindustrian Masjid Tanah, Melaka pada 15 Julai 2012 ( Ahad )Saksikanlah tarian mereka di atas.
Tuesday, June 19, 2012
1. En Abdul Aziz Jantan Pegawai PPD Alor Gajah. ( Bekas guru muzik )
2.En Mohd Nasir Bin Husin Pegawai PPD Jasin ( Bekas guru muzik dan JU muzik )
3.Pn Soh Li Peng ( Guru muzik SMK Bukit Baru Melaka )
4. Cik Zainab Bte Jani ( Guru muzik SMK Seri Bemban , Jasin Melaka )
Pasukan koir sekolah juga berterima kasih kepada Puan Guru Besar SK Bachang, Melaka , Pn Che Aishiah Bte Yaacob yang sudi hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah.
Wednesday, March 28, 2012
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CHINA 2012
Monday, September 12, 2011
MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTISME 2011
Thursday, July 21, 2011
PERTANDINGAN "MY SCHOOL ROCKS" ZON SELATAN 2011
Sunday, July 10, 2011
PERTANDINGAN KOIR 2011
Friday, June 10, 2011
KONSERT JPN MELAKA 2011
Sunday, May 22, 2011
RAPTAI ORKESTRA MUZIKRAMA JPN MELAKA 2011
Tuesday, May 17, 2011
ORKESTRA MUZIKRAMA JPN MELAKA 2011
Sukacita dimaklumkan SK Bachang, Melaka dijemput membuat persembahan koir sempena Orkestra Muzikrama Jabatan Pelajaran Melaka pada 24 Mei 2011. Sehubungan dengan perkara di atas semua ahli koir SKB di kehendaki hadir untuk raptai 1 pada 20 Mei 2011 ( Jumaat ) di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka dari jam 3.00 ptg - 6 .00ptg.
Raptai penuh pula akan diadakan pada 21 Mei 2011 ( Sabtu ) di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka dari jam 3.00ptg - 10.00 malam.
Semua ahli koir sila jumpa dengan Pn Lai untuk keterangan selanjutnya. Surat kebenaran ibubapa akan di edarkan pada hari 18 Mei 2011.
Raptai penuh pula akan diadakan pada 21 Mei 2011 ( Sabtu ) di Panggung Seri, Taman Budaya, Ayer Keroh, Melaka dari jam 3.00ptg - 10.00 malam.
Semua ahli koir sila jumpa dengan Pn Lai untuk keterangan selanjutnya. Surat kebenaran ibubapa akan di edarkan pada hari 18 Mei 2011.
Wednesday, May 11, 2011
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT NEGERI 2011
Sempena Karnival Pendidikan Pelajaran Melaka 2011, pertandingan nyanyian solo diadakan pada 8 Mei 2011 ( Ahad ) di MITC Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan ini disertai oleh 14 orang murid yang berjaya
mendapat Johan dan Naib Johan semasa pertandingan peringkat kawasan. Sekolah Kebangsaan bachang diwakili oleh adik Nur Shafiqa Bte Umat. terima kasih juga diucapkan kepada puan Guru Besar SK Bachang Melaka yang turut hadir untuk memberi sokongan beliau. Tahniah juga diucapkan kepada adik Nur Shafiqa Bte Umat atas kejayaan beliau.
Tuesday, April 26, 2011
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO KAWASAN BUKIT CINA, MELAKA 2011
Panitia muzik sekali lagi telah mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian solo Peringkat kawasan Bukit Cina Melaka pada 12 April 2011 di SJKC Ping Meing Melaka. Sekolah Kebangsaan Bachang, Melaka diwakili oleh Adik Nur Shafiqa Bte Umat ( 4B ) dan adik Nurin Husna ( 6 P ).Adik Nur Shafiqa Bte Umat berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada Adik Nur Shafiqa Bte Umat.Adalah diharapkan juga semua warga SK Bachang dapat memberi sokongan pada beliau pada 7 Mei 2001 ( Sabtu ) di MITC Air Keroh, Melaka untuk pertandingan akhir ( Peringkat Negeri ) nyanyian solo anjuran koakademik unit kokurikulum JPN Melaka.
Friday, March 18, 2011
BORANG REKOD PRESTASI PKSR SK BACHANG, MELAKA
Adalah dimaklumkan bahawa borang rekod prestasi PKSR, borang analisis subjek mengikut kelas serta borang rekod prestasi muzik Tahap 1 dan 2 telah di kemaskinikan dan boleh digunakan oleh semua guru SKB mulai 18 Mac 2011.
Sekian . Terima Kasih.
Sekian . Terima Kasih.
Wednesday, February 16, 2011
MESYUARAT PANITIA MUZIK KALI 1 / 2011
Satu mesyuarat Panitia muzik telah diadakan pada 13 Januari 2011. Bagi guru yang tidak
menghadiri mesyuarat atau ahli baru diharap dapat mendapat RPT muzik dan CD lagu dari Ketua Panitia.
Sekian. Terima Kasih.
Ketua Panitia Muzik 2011
menghadiri mesyuarat atau ahli baru diharap dapat mendapat RPT muzik dan CD lagu dari Ketua Panitia.
Sekian. Terima Kasih.
Ketua Panitia Muzik 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)